Search NoorJannah




Ruangan Khas Untuk Wanita Masa Kini

↑ Grab this Headline Animator



Tips Pengambilan Kalsium Untuk Wanita

Wednesday, January 7, 2009

Tips Pengambilan Kalsium Untuk Wanita

Artikel ini di Internet
http://wanita.perempuanmelayu.info/articles/calcium.php

Kalsium merupakan bahan yang penting bagi tubuh manusia bukan sahaja untuk pembentukan tulang malah, pembinaan sel-sel dan perjalanan sistem tubuh badan manusia turut memerlukan kalsium untuk meneruskan fungsinya. Dengan kalsium yang mencukupi ia membantu dan pencegahan reputan tulang pada masa peningkatan usia manusia. Bagi golongan kanak-kanak pula ia turut membantu dalam pembentukan gigi dan kuku.

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di
http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita
atau hantarkan email kepada tipswanita-subscribe@yahoogroups.com

Kalsium dalam tulang tidak kekal sentiasa dalam tulang. Sel-sel tulang akan melakukan proses penggantian kalsium setiap masa. Kalsium dalam tulang turut diambil sekiranya badan tidak cukup sumber daripada makanan.

Kalsium boleh didapati dengan mudah melalui permakanan tenusu seperti susu lembu, yougurt, cheese, ais krim, roti dan pelbagai.

Namun begitu tidak ramai mengambil kalsium pada jumlah yang mengcukupi iaitu pada kadar harian yang disarankan. Satu kajian di Malaysia mendapati pengambilan kalsium pada kadar 300-400mg sehari peratusannya yang tidak besar sehingga meletakkan majoriti penduduk Malaysia dalam risiko menghadapi Osteoporosis dalam jangka masa dua dekad.

Wanita Malaysia mengambil kurang daripada separuh kalsium yang diperlukan oleh badan seorang wanita.

Nilai yang dicadangkan adalah sekitar 600 ke 1200mg sehari dan bagi wanita mengandung dan ibu yang menyusu nilaian yang dicadangkan adalah sekitar 1200mg. Silakan dapatkan nasihat doktor untuk nilaian yang sesuai.

Rujukan
http://www.nof.org/prevention/calcium.htm

Walaupun Osteoporosis sentiasa dikaitkan ianya berlaku pada golongan berusia namun ia boleh berlaku pada setiap peringkat usia. Masalah ini bukan setakat berlaku kepada golongan wanita sahaja malahan golongan lelaki. Setiap sepuluh orang yang menghadapi Osteoporosis dua daripadanya adalah lelaki.

Osteoporosis adalah keadaan dimana tulang menjadi reput dan menyebabkan ia mudah retak dan lambat untuk sembuh. Pengambilan Kalsium sebelum umur tiga puluh tahun dapat mengurangkan risiko menghadapi Osteoporosis.

Makanan Tambahan Kalsium

Sejak kebelakangan ini kesedaran mengenai Osteoporosis dan bahaya pengambilan kalsium yang tidak mengcukupi semakin bertambah. Menyedari hakikat itu semakin ramai mengambil makanan tambahan kalsium.

Perkara paling penting dalam pengambilan makanan tambahan kalsium adalah sejauh mana ia mudah diserap oleh badan manusia. Beberapa cadangan pengambilan makanan tambahan kalsium.

(1) Ia perlu diambil dengan kerap dalam sehari dalam nilaian yang kecil bagi setiap pengambilan. Setiap pengambilan yang dicadangkan adalah bawah 500mg dan diambil dua kali sehari. Ini adalah kerana nilaian serapan kalsium berkurangan apabila nilaian kalsium dimakan bertambah.

(2) Kalsium yang dikunyah atau dicairkan adalah mudah diserap kerana dalam bentuk ini ia lebih mudah diserap berbanding dengan kalsium berbentuk tablet yang perlu dihancurkan dahulu oleh sistem penghadaman sebelum ia boleh diserap dengan mudah oleh badan.

(3) Vitamin D turut dimasukkan bersama kalsium kerana vitamin D membantu dalam penyerapan kalsium ke dalam badan. Namun awas patuhi pengambilan vitamin D sehari tidak melebihi 400IU ke 800IU. Vitamin D adalah vitamin berasaskan lemak. Ia boleh disimpan oleh badan apabila ia tidak digunakan. Maka pengambilan berlebihan akan menyebabkan badan boleh berlebihan vitamin D dan ini membahayakan.

Pengambilan kalsium yang terbaik adalah dengan minum susu. Susu adalah sumber kalsium yang utama. Dalam keadaan semula jadi dan dalam bentuk cair, badan dengan mudah dapat menyerap kalsium dalam susu yang diminum.

Senaman adalah merupakan antara faktor utama dalam perkembangan tulang. Dengan senaman ia membuat badan menguatkan tulang bagi menghadapi aktiviti-aktiviti fizikal. Kalsium yang ada dipergunakan sepenuh oleh badan bagi membentuk tulang. Sekiranya badan tidak aktif dengan pergerakan dan aktiviti fizikal, lama kelamaan kalsium dalam tulang akan berkurangan dengan cepat apabila dibandingkan dengan proses menggantikan semula.

Dengan senaman ia memastikan proses penggantian dilakukan dengan lebih cepat dan tulang yang terbentuk semula adalah lebih kuat.

Sebelum mengambil apa-apa permakanan tambahan sila dapatkan nasihat doktor. Artikel diatas adalah hanya untuk pengetahuan am sahaja dan penjelasan terperinci hanya layak dilakukan oleh doktor.

Sumber Rujukan

http://www.nof.org/

Artikel lain

Keperluan Asid Folik Untuk Wanita
http://wanita.perempuanmelayu.info/articles/folic.php
http://tipswanitasihat.blogspot.com/2006/05/ keperluan-pemakanan-asid-folik-untuk.html

Sampaikan email ini kepada rakan-rakan yang lain. Ia juga usaha untuk menyedarkan orang ramai bahawa bumi tempat kita tinggal ini semakin kritikal.

Jadilah Hero Dengan Menderma Darah
http://untuklelaki.noorjannah.com/2009/01/jadilah-hero-dengan-menderma-darah.html

Kempen Hijau Tipswanita
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/12/kempen-hijau-tipswanita.html

Menjaga Sistem Penghadaman Anda
http://keluarga.noorjannah.com/2008/12/menjaga-sistem-penghadaman-anda.html

Bacaan Untuk Pasangan Suami Isteri Yang Baru Mendirikan Rumah Tangga
http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/2008/10/bacaan-untuk-pasangan-suami-isteri-yang.html

Persediaan Untuk Wanita Yang Ingin Mengandung
http://keluarga.noorjannah.com/2008/10/persediaan-untuk-wanita-yang-ingin.html

Menulis Untuk Menjadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/

Laman penulis http://blog.perempuanmelayu.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita

atau hantarkan email kepada tipswanita-subscribe@yahoogroups.com

Pelbagai artikel, tips dan nasihat di

http://blog.perempuanmelayu.info/

Wassalam.

Kumpulan penulis Tipswanita.com Noorjannah.com dan Perempuanmelayu.info

versi 2
6 Jan 2009

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis Tipswanita.com Noorjannah.com dan laman Perempuanmelayu.info

http://www.perempuanmelayu.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Direktori Artikel Untuk Wanita Melayu dan English
http://www.tipswanita.com/

Kutu Pinggan
http://cyber-niaga.blogspot.com/

Facebook