Search NoorJannah




Ruangan Khas Untuk Wanita Masa Kini

↑ Grab this Headline Animator



Showing posts with label Cantik. Show all posts
Showing posts with label Cantik. Show all posts

Fiber Buah Dan Sayuran Satu Keperluan Badan Yang Dilupakan

Friday, September 16, 2011


Tanpa fiber atau serat dalam pemakanan akan menyebabkan perjalanan sistem penghadaman tubuh badan manusia menjadi tidak teratur dan menjadi punca pelbagai masalah dan penyakit kepada usus terutamanya usus besar. Ia merupakan diet utama dalam menu pemakanan kita.

Fiber banyak didapati daripada dinding sel tumbuh-tumbuhan di mana apabila ia dimakan ia tidak diserap oleh usus dan berlalu melalui usus kecil ke usus besar sebelum keluar menjadi ketulan. Jangka masa yang sesuai ketulan keluar setelah makanan dimakan adalah antara 12 ke 18 jam dan melebihi jangka masa ini meningkatkan risiko kanser usus besar (colon cancer).

Terdapat dua jenis fiber iaitu yang tidak diserap dan yang diserap oleh badan. Fiber yang tidak diserap oleh badan, menyerap air dan ini menyebabkan ia mengembang dalam perut kita. Ia menjadikan kita merasa kenyang. Fiber yang diserap pula membantu dalam menurunkan kadar kelestrol dalam darah.

Fiber yang tidak diserap boleh didapati daripada kekacang dan biji-bijiran (cereal) seperti kacang soya, kacang hijau, pea dan almond. Manakala fiber yang diserap adalah sayur-sayuran dan buah-buahan. Kita memerlukan 5 ke 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dan pelbagaikan jenis hidangan.

Mengapa fiber Daripada buah-buahan dan sayur-sayuran?

Memudahkan perjalanan sistem penghadaman dan mengurangkan risiko kanser usus besar. Ketulan lebih mudah dikeluarkan dan pada jangka masa yang sesuai.

Ia membuat perut cepat kenyang dan ini mengurangkan kadar pengambilan makanan yang berlemak. Selain itu fiber yang diserapkan mengurangkan kadar kolestrol dalam darah dan satu perkara yang penting dalam mengurang risiko sakit jantung.

Bagi mereka yang menghadapi buasir, fiber membantu melembutkan ketulan yang keluar dan membantu dalam proses penyembuhan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan sebagai sumber fiber adalah rendah lemak dan kalori.

Buah-buahan merupakan sumber vitamin C yang utama. Vitamin C yang tidak disimpan dalam badan dan mudah musnah jika dimasak penting dalam kesihatan sistem pertahanan badan. Adalah baik memngambil vitamin C daripada sumber semula jadi seperti buah-buahan dan pelbagaikan.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja menjadi sumber fiber malah ia adalah langkah yang baik dalam meningkatkan taraf kesihatan seseorang. Kajian telah mendapati pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran 5 ke 9 hidangan sehari mampu meningkat taraf kesihatan malah ia sepatutnya menjadi asas utama menu pemakanan.

buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin, zat galian, fiber dan "pythochemicals" yang menjadi asas kepada sistem pertahanan badan kita. Oleh buah-buahan dan sayur-sayuran mampu mengurangkan risiko sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis jenis II dan kanser tertentu.

"Pythochemicals" biasanya berkait dengan warna-warna buah-buahan dan sayur-sayuran. Malah kandungan "phytochemical" dalam buah-buahan dan sayur-sayuran membantu dan saling melengkapkan antara satu sama lain dalam proses pertahanan badan.

Jumlah hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah diantara 5 ke 9 hidangan sehari. Satu hidangan adalah diukurkan berdasarkan besar telapak tangan kita. Ia nampak lebih sedikit daripada apa yang disangkakan jadi mengapa tidak mencuba. Setiap hidangan boleh dilakukan di waktu sarapan, rehat pagi, tengah hari, minum petang dan makan malam.

Supaya tidak jemu pelbagaikan jenis hidangan dan ini memang digalakkan. Rujukan di sini dapat membantu dalam membuat penilaian jumlah pengambilan. Sebagai contoh :-

1. Satu potongan betik
2. Satu potongan jambu
3. Dua biji limau manis
4. Dua potongan nenas
5. Satu mangkuk sayur mentah
6. Dua biji tomato
7. Sebiji oren
8. Pisang kecil
9. Epal saiz sederhana

Sukatan adalah pelbagai namun penggunaan telapak tangan sebagai ukuran akan memudahkan membuat andaian.

Untuk kesihatan yang lebih baik maka makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran. Kandungan fiber, vitamin, zat galian membantu dalam mencegah dan menentang pelbagai penyakit moden. Jadikan buah-buahan sebagai sebahagian sarapan anda.

Sumber Rujukan :-

http://www.5aday.gov/ - Eat 5 to 9 Servings of Fruits and Vegetables A Day for Better Health
Chlorella, nature miraculous gift to mankind - Uniwellness Resources - Buku

First Published on : 2006-05-16 11:14
Kemaskini : 16 Sep 2011

Membuat wang di Internet?

SMSBimbit - Cerita tentang telepon bimbit

Artikel asal

Ketahui Kulit Muka Anda

Monday, October 13, 2008

Ketahui Kulit Muka Anda

http://www.tipswanita.com/Health/Ketahui_Kulit_Muka_Anda/

Perkara yang utama adalah mengetahui jenis kulit muka anda. Kawasan kulit muka terbahagi kepada dua kawasan utama, pipi muka dan kawasan zon T. Zon T adalah kawasan diatas dua mata anda dan antara dua mata termasuk hidung. Selain itu faktor-faktor seperti sensitif kepada cahaya matahari, warna kulit, saiz kelihatan lubang kulit muka, kekerapan melupas kulit, sama ada kulit berminyak atau kering dan jumlah garis kedutan banyak atau sikit, adalah perlu diambil kira.

Lagi tips untuk wanita di http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita atau hantar email kepada tipswanita-subscribe@yahoogroups.com untuk mendapatkan email terhad tips dan artikel untuk wanita masa kini.

*** Jenis Kulit Muka ***

(1) Jenis kulit muka yang sensitif

Jenis kulit muka yang sensitif adalah kulit yang sensitif kepada banyak punca, rasa tegang yang tidak selesa untuk pemiliknya. Adalah sukar kepada anda yang mempunyai kulit muka yang sensitif mencari produk penjagaan kulit yang sesuai. Mahal atau murah belum tentu hasil adalah sesuai untuk kulit anda.

(2) Kulit muka kering

Kebiasaannya kulit muka kering adalah terdiri daripada kering di pipi dan selesa atau berminyak di kawasan zon T.

(3) Kulit muka kawasan zon T berminyak.

Kulit muka kawasan zon T berminyak adalah kulit dengan kulit pipi yang selesa hanya berminyak di kawasan zon T.

(4) Kulit muka berminyak seluruhnya.

Kulit muka berminyak ini merupakan kulit muka yang berminyak di pipi dan kawasan zon T.

Kesan kedut muka (wrinkles) adalah disebabkan kulit kehilangan collagen. Semakin usia bertambah, pengeluaran collagen oleh badan berkurangan dan kesan luar seperti pededahan kepada cahaya ultra unggu lagi cepatkan proses ini.

*** Rawatan dan Perlindungan Kulit Muka ***

Untuk rawatan kulit muka, leher dan bahu terutama kulit atas buah dada juga termasuk dalam proses rawatan. Ini adalah kerana, bahagian-bahagian ini turut terdedah kepada cahaya matahari terutama cahaya ultra unggu.

Miskipun dengan pemakaian pakaian, cahaya ultra unggu masih boleh menembusi sehingga ke kulit bahu dan bahagian atas buah dada. Buah dada sentiasa dilindungi daripada pancaran matahari dengan pemakaian bra atau coli, menambah ketebalan perlindungan dan mengurangkan keupayaan penembusan cahaya ultra unggu.

Cahaya matahari adalah kawan dan musuh kepada kulit. Tanpa cahaya matahari kulit akan menjadi muram dan pucat. Pendedahan kulit kepada cahaya matahari adalah penting kepada badan manusia untuk menghasilkan vitamin D. Vitamin D adalah penting bagi kesihatan tulang terutama bagi penyerapan dan pengekalan kalsium dalam tulang terutama wanita.

Terlebih cahaya matahari terutama cahaya ultra unggu, akan mempercepatkan proses penuaan kulit muka.

Cahaya ultra unggu merupakan sinaran cahaya tidak kelihatan hasil daripada matahari. Terdapat dua jenis cahaya ultra unggu iaitu jenis A (UVA) dan jenis B (UVB). UVA menembusi terus ke dalam kulit dan menyebabkan secara perlahan-lahan kulit kehilangan keanjalan atau ketegangan. UVA merupakan punca utama cepatnya proses penuaan. Ia turut mainkan peranan sebagai punca kanser kulit.

UVB pula merangsangkan pengeluaran melanin, yang menyebabkan kulit menjadi gelap dalam tempoh 48 jam. Dalam masa pendek ia merupakan punca utama kulit terbakar matahari dan dalam jangka panjang boleh mempercepatkan proses penuaan dan menjadi punca kanser kulit.

Adalah telah dibuktikan dengan melindungi diri anda daripada cahaya matahari terutama cahaya ultra unggu bermula daripada usia muda boleh mengurangkan risiko kanser kulit.

Sun Protection Factor (SPF) atau faktor perlindungan matahari, adalah ukuran yang digunakan bagi mengetahui, keberkesanan produk-produk yang mempunyai bahan perlindungan UVA dan UVB. Daripada satu kajian, SPF 20 mampu melindungi pengguna produk, 95 peratus UVA dan UVB akan dihalang.

Produk-produk perlindungan cahaya matahari (sun protection lotion) dengan SPF 20 adalah sesuai bagi penggunaan biasa dan ianya banyak dipasaran.

SPF 50 keatas pula boleh menghalang sehingga 98 peratus daripada cahaya ultra unggu. Semakin tinggi SPF, kesannya semakin mendatar, sekitar 98 ke 99 peratus menghalang cahaya matahari. Ini bermaksud kesan perlindungan masih sama bagi produk-produk SPF 20 ke atas. Bezanya, semakin tinggi SPF semakin mahal harga produk. Akan tetapi hasilnya masih sama.

Untuk membeli produk-produk perlindungan matahari perhatikan perkara-perkara berikut.

Nilai SPF. Untuk penggunaan biasa SPF 20 sudah bersesuaian. Pastikan ianya merangkumi UVA dan UVB.

Tidak mudah hilang dengan percikan air tapi mudah dicuci kemudian.

Menyelesakan dan tidak sensitif kepada kulit.

Tidak rasa berminyak dan melekit.

Hypoallergenic dan non-comedogenic.

*** Tips ***

Sentiasa gunakan produk perlindungan matahari yang sesuai dengan kulit muka.

Elakkan pendedahan matahari pada masa puncak diantara pukul 11 pagi ke 4 petang.

Produk perlindungan matahari perlu disapukan semula setiap dua jam dan selepas berenang.

Produk perlindungan matahari adalah bukan untuk memanjang masa pendedahan matahari. Cuba elakkan pendedahan yang lama terutama masa puncak.

Bagi kawasan terlalu terik atau pendedahan dalam masa puncak gunakan SPF yang lebih tinggi.

Minum air secukupnya dan dengan lebih kerap. Punca kulit kering adalah kerana kurangnya air dalam badan. Kulit cantik dengan cukupnya air dalam badan.

Makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Vitamin C asli adalah untuk kesihatan kulit, yang banyak dalam buah-buahan.

Permakanan tambahan seperti EPO dan minyak ikan turut menyumbang dalam mengekalkan keanjalan kulit dan kesihatannya.

Cukup tidur. Rawatan yang paling berkesan untuk kulit. Sewaktu tidur, sel-sel kulit membina semula dan membaiki bahagian kulit yang rosak. Kulit sebagai organ yang terbesar dalam badan manusia memerlukan waktu tidur untuk kebaikannya.

Senaman untuk kesihatan kulit. Kulit berpeluh membuang sisa toksin dalam kulit dan menyihatkan badan.

Lain-lain artikel menarik

Kempen Makan Nasi Separuh
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/kempen-makan-nasi-separuh.html

Elakkan soya jika mahu mengandung
http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita/message/98

Aromatherapy untuk seks yang memberahikan
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/aromatherapy.html

Lingerie Seksi Ghairah Suami Perlukah suami minta ?
http://www.tipswanita.com/Woman/lingerie_seksi_ghairah_suami_Perlukah_suami_minta_/

Menulis Untuk Menjadi Kaya
http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/07/menulis-untuk-jadi-kaya-2.html

Tapisan Web Untuk anak-anak
http://safesurf.perempuanmelayu.info/

Laman penulis http://blog.perempuanmelayu.info/

Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di

http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita

Pelbagai artikel, tips dan nasihat seks di

http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/

Wassalam.

Kumpulan penulis Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info

13 Okt 2008

Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info
http://blog.perempuanmelayu.info/

This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.

--- Iklan ---

Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di PutraOnline.com
http://directory.putraonline.com/

Making Money Online For Malaysian
http://cybermoney2u.blogspot.com/

Direktori Artikel Untuk Wanita Melayu dan English
http://www.tipswanita.com/

Archive

http://geocities.com/tipswanita/blog/index.html

Kecantikan Wanita Bermula Dari Dalam

Tuesday, January 8, 2008

Kecantikan wanita bermula daripada dalam. Bermula dari hatinya yang penuh kebaikan. Senyuman hatinya pasti damaikan keresahan cintanya dan pasti bahagiakan jiwa cintanya.

Facebook