Persahabatan Atas Dasar Percintaan
Dalam kehidupan, sepanjang perjalanan kita, kita akan bertemu dengan pelbagai insan yang mencorakkan kehidupan kita. Insan yang membentuk diri kita, membentuk sikap kita dalam jangka masa yang panjang atau seketika.
Dalam sepanjang perjalanan itu, pasti ada insan yang akan hadir dalam hidup kita. Dia adalah insan dengan sikap dan cara yang selalunya berlawanan dengan kita. Dia adalah insan yang menyebabkan satu bahagian jiwa keras kita akan berubah menjadi lembut. Dia adalah insan yang selalu menimbulkan tanda tanya dalam setiap perkataan dan perbuatan yang dilakukannya olehnya.
Dalam kelainan itu, persahabatan yang unik akan terjalin. Saling memerlukan, saling cuba memahami dan saling cuba hadirkan diri untuk keperluan antara satu sama lain. Kita akan dilepas bebas tanpa ikatan untuk melakukan apa yang kita perlukan dalam kehidupan kita. Kita diizinkan untuk menyintai dan menyayangi orang lain selain dia, demi untuk kebahagian kita. Kita juga akan tahu apabila diperlukan, sahabat kita ini akan sentiasa ada dengan nombor telepon yang sama dan alamat email yang sama. Dia akan sentiasa ada untuk kita.
Dia menyintai kita, walaupun mungkin tidak untuk dia miliki hati kita... Dia merindui kita walaupun mungkin kita tidak tahu akan kehadiran rindu itu.
Dia adalah bagai sepohon pokok yang besar dan rendang. Tinggi dan redup..... Bila kita rasa kita perlukan teduh pokok ini, kita tahu dimana pokok ini akan berada dan berteduh sehingga keadaan menjadi tenang untuk kita untuk terus melangkah... dan dia selalu menyatakan
"Aku bagai sepohon pokok, tetap berdiri teguh disini, untuk dirimu berlindung" ...
Namun ...
Sepohon pokok akan sampai masanya jua. Tiada yang kekal abadi dalam dunia ini. Luangkan masa yang terbaik untuk menjadi persahabatan yang terjalin adalah yang terbaik dan diberkati. Kita hadir dalam hidup seseorang untuk membawa kebaikan.
Hafnie
Ditulis pada 5 April 2010