Search NoorJannah




Ruangan Khas Untuk Wanita Masa Kini

↑ Grab this Headline Animator



Kenangan Terindah Maka Ciptakan Ia Setiap Hari

Monday, September 19, 2011


Apabila saya mendengar lirik lagu "Kenangan Terindah" ia membuat saya ingin menulis tentangnya, kenangan terindah. Ia telah menjadi salah satu kata-kata hikmah cinta kami.

Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita, sama ada pahit atau manis, ia akan menjadi satu kenangan. Kenangan yang kita akan ingat sepanjang hayat atau yang mahu kenangan itu kita lupakan. Yang pastinya kita mahu sentiasa mengingati kenangan yang indah sampai bila-bila malah mahu ia dikongsikan dengan orang kita sayangi dan cintai.

Mengapa tidak hari-hari berlalu ia dijadikan satu kenangan terindah buat kita? Mengapa tidak, kita fikirkan satu perkara yang kita boleh lakukan buat insan yang kita cintai dan sayangi, agar ia menjadi satu kenangan yang indah. Malah kita boleh lakukan ia setiap hari, menjadikan kenangan terindah.

Dalam satu tahun kita mempunyai 365 hari yang setiap satunya boleh kita lahirkan dan ciptakan pelbagai kenangan yang terindah. Jika tidak mampu untuk lakukan ia setiap hari, seminggu sekali pun sudah memadai. Itu sahaja, sudah merangkumi sebanyak 52 kali kita membuat kenangan yang terindah buat yang kita sayang dan cintai. Jika tidak mampu juga, apa salah sebulan sekali? Asalkan kita usaha dan kenapa tidak kita mencubanya?

Anda boleh fikirkan pelbagai perkara untuk melaksanakan misi melahirkan pelbagai kenangan terindah. Perkara yang mungkin kecil kepada kita boleh menjadi satu kenangan abadi dan terindah. Cuba tanyakan diri anda, soalan-soalan ini?

Bilakah kali terakhir anda berikan bunga ros untuk pasangan anda? Atau untuk lagi menarik mengapa tidak anda wanita hadiahkan bunga ros untuk pasangan lelaki anda. Indah bukan?

Mengapa tidak makan satu tempat yang belum pernah dicuba? Kopitiam contohnya atau piknik indah di tepi pandai. Indah bukan?. Atau lagi menarik jika anda wanita mencuba masakan yang lain daripada yang lain. Makaroni mungkin? Pasta? atau anda lelaki yang masak hari ini. Indah bukan?

Bilakah kali terakhir anda ke perpustakaan? Mungkin tiada bahan untuk dicari mengapa tidak cuba ke perpustakaan, duduk berdua mata bertentang mata sambil membaca bahan yang sesuai. Indah bukan? Atau lagi menarik jika dapat membaca secara perlahan satu novel cinta indah kepada yang disayang. Satu bab setiap hari sehinggalah habis. Indah bukan?

Mungkin anda boleh mencuba berdua melakukan sesuatu untuk masyarakat. Pernahkah anda menderma darah? Jika belum lakukan ia berdua. Satu yang indah bila dapat menjadi peransang semangat antara satu sama lain. Atau mungkin pernahkah anda mencuba melawat rumah anak angkat, jadi seorang dua sebagai anak angkat anda berdua. Didik mereka, lawat mereka, berikan kasih sayang umpama anak sendiri. Indah bukan?

Bilakan kali terakhir anda berjalan berdua? Makan angin di tempat orang. Ada banyak tempat menarik di Malaysia. Cubalah rancangkan sesuatu bersama.

Ciptalah pelbagai kenangan terindah. Ciptakan ia agar ia mampu membuat kehangatan cinta terus membara.

Hafija

Sebaran : 2006-08-28 14:00

Asal artikel diubah dari

Facebook