Search NoorJannah




Ruangan Khas Untuk Wanita Masa Kini

↑ Grab this Headline Animator



1CEMAS Masukkan Nombor Telepon Penting Waktu Kecemasan Dalam Telepon Bimbit Anda

Saturday, April 12, 2008

1CEMAS Masukkan Nombor Telepon Penting Waktu Kecemasan Dalam Telepon Bimbit Anda

Maklumat 1CEMAS oleh
http://blog.perempuanmelayu.info/

Anda perlu simpan nombor telepon penting waktu kecemasan, dalam "Contact" atau "Address Book" telepon bimbit anda dengan nama (contact name)

1CEMAS

Dengan menyeragamkan nama simpanan 1CEMAS ia memudahkan polis, bomba, hospital dan orang ramai yang membantu sewaktu kecemasan menghubungi nombor telepon penting. Satu kajian yang dijalankan di UK oleh Vodafone sekitar tahun 2005 mendapati hanya 25 peratus pengguna telepon bimbit menyimpan maklumat kecemasan di dalam telepon bimbit.

Maklumat yang didapati dalam dompet atau bag mungkin tidak bersesuaian dan tiada kaitan. Alamat di kad pengenalan mungkin alamat rumah lama, dan mengambil masa bagi keperluan segera.

Mengapa nama 1CEMAS ?

Nombor 1 biasanya akan disusun turutan paling atas dalam "Contact" atau "Adress Book" telepon bimbit. Dengan ia sertakan sekali perkataan CEMAS, 1CEMAS akan membolehkan carian mudah kepada bomba, polis dan hospital bagi menghubungi sesiapa sahaja yang berkaitan dengan individu yang menghadapi kecemasan seperti kemalangan, kecerderaan dan pelbagai.

Adalah digalakan sebaran email ini bagi tujuan peluasan penggunaan 1CEMAS. Sila "Forward" email ini kepada rakan-rakan anda.

Idea daripada email 1CEMAS ini adalah daripada kempen ICE (In case of emergency). Petikan daripada Kempen ICE

http://en.wikipedia.org/wiki/In_case_of_emergency

In Case of Emergency (ICE) is a program that enables first responders, such as paramedics, firefighters, and police officers, to identify victims and contact their next of kin to obtain important medical information. The program was conceived in the mid-2000s and promoted by British paramedic Bob Brotchie in May 2005.[1] It encourages people to enter emergency contacts in their cell phone address book under the name "ICE". Alternately, a person can list multiple emergency contacts as "ICE1", "ICE2", etc. The popularity of the program has spread across Europe, and has started to grow into North America.[2]

Lagi maklumat ICE
http://ice4safety.com/index.html

1CEMAS adalah kempen ICE yang disesuaikan untuk Malaysia. Sokonglah kempen 1CEMAS untuk kebaikan kita semua.

1CEMAS blog post oleh Blog Wanita Perempuan Melayu Malaysia
http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/1cemas.html

Kempen 1CEMAS adalah usaha seorang individu tiada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan Malaysia.

Untuk archive
http://groups.google.com/group/tipswanita/web/1cemas-masukkan-nombor-telepon-penting-waktu-kecemasan-dalam-telepon-bimbit-anda


Facebook